Dunia Cookies

Macs Crunch adalah nama daripada sejenis cookies/manisan iatu Makaron iaitu pinjaman bahasa Perancis:ma-ka-ron. Merupakan sejenis manisan berasaskan merinque diperbuat daripada putih telur, gula aising, gula kasar, serbuk almond serta coklat.

Mengikut sejarah, pada awal tahun 1533, diyakini bahawa macaron yang pertama bermula di Itali dan telah di bawa ke Perancis oleh Catherine de’ Medici. Beliau merupakan wanita bangsawan dari Florence yang menikah dengan Raja Perancis, Henri II. Macaron juga berasal dari kata Itali iaitu Maccherone yang bermaksud adunan halus.

Pada tahun 1792, ketika berlakunya Revolusi Perancis, dua biarawati Karmelit di Nancy sebuah kota di timur laut Perancis menjual Macaron untuk menampung kehidupan harian. Namun dahulu dijual tanpa isi di bahagian tengahnya. Kebanyakan daerah di Perancis mula membuat macaron dnegan pelbagai cara dan resepi sehingga pada tahun 1890an barulah muncul bentuk macaron seperti yang terhasil hari ini.

Macaron dibuat oleh Pierre Desfontaines di Laduree, sepupu dari pendiri La Maison Laduree. Sampai ke hari ini , Laduree tetap menjadi salah satu tempat paling popular di dunia untuk macaron.

Dengan terhasilnya macaron, pada tahun 2005 di La Maison Pierre Herme telah telah diwujudkan HARI MACARON KEBANGSAAN setiap 20 Mac di New York. Ketika itu, semua pengunjung boleh merasai kelazatan dan keenakan macaron ini dari kebanyakan kedai-kedai roti yang terdapat di situ dengan percuma.